Syarat Kemasukan, Yuran & Waktu Persekolahan
Lagu Sekolah
Di SRAF kami berkumpul
Sama dalam pengajian
Kami belajar, membaca, menulis
Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta
Mesti dicari walau dimana
Kuatkan azam berusaha
Iman pula penting sekali
Penguat jiwa penawar duka
Pembina rohani akhlak mulia
Mari kita suburkannya
Sopan santun budi pekerti
Ibu dan ayah dihormati
Ustaz dan ustazah turut disayangi
Jadikanlah pakaian diri
(ulang semula rangkap pertama)
Sama dalam pengajian
Kami belajar, membaca, menulis
Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta
Mesti dicari walau dimana
Kuatkan azam berusaha
Iman pula penting sekali
Penguat jiwa penawar duka
Pembina rohani akhlak mulia
Mari kita suburkannya
Sopan santun budi pekerti
Ibu dan ayah dihormati
Ustaz dan ustazah turut disayangi
Jadikanlah pakaian diri
(ulang semula rangkap pertama)
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Sekolah
- Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan As Sunnah melalui pendidikan yang bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Misi Sekolah
- Menjana Generasi Rabbani Berteraskan Sistem Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Holistik dan Pengurusan Terancang
Moto Sekolah
- Menjana Generasi Rabbani
Wawasan Sekolah
Menghayati usaha-usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh melalui pendidikan bagi :
- Melahirkan murid yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.
- Melahirkan murid yang menguasai segala kemahiran asas menuju kecemerlangan akhlak dan peribadi
- Menghasilkan murid yang boleh berfikir dan bersaing dalam sebarang keadaan dan suasana
- Menjadikan warga sekolah ini warga yang penyayang
Teras Perkhidmatan
- Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
- Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran murid dan pembangunan Islam dan negara
- Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh Islam dan negara
- Berpegang teguh pada ajaran Islam
Piagam Pelanggan Sekolah Rendah Al Furqan
Kami seluruh kakitangan SRAF dengan penuh tekad berazam Insya Allah akan :
- Memberikan pendidikan asas yang sempurna untuk semua anak didik di sekolah ini berasaskan matlamat Falsafah Pendidikan Islam
- Menanam dan menyuburkan penghayatan Islam untuk membangunkan insan yang sempurna
- Mewujudkan permuafakatan warga SRAF untuk mencapai matlamat sekolah
- Beriltizam terhadap tugas, produktif, bertanggungjawab dan penyayang
Sejarah Penubuhan Sekolah
- Pendidikan Islam amat penting dalam proses menjana generasi rabbani. Kesedaran inilah mencetuskan idea untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI) sepenuh masa. Ia bermula dengan perbincangan kecil sebilangan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika ABIM. Kata sepakat diambil supaya sekolah ini ditubuhkan dan berdaftar dibawah Majlis Agama Perak.
- Sebuah bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kota Lama Kiri telah dijadikan bangunan sementara SRI ini. Tanggal 4 Januari 1988, bermulalah sesi pembelajaran pertama di sekolah ini dengan murid seramai 22 orang yang dibantu oleh seorang guru dan ustaz sebagai tenaga pengajar. Murid-murid ini terdiri daripada anak-anak AJK sekolah sendiri. Pada tahun kedua iaitu 1989, seorang mudir dilantik untuk mentadbir sekolah dan pada 30 Januari 1990, iaitu setelah dua tahun beroperasi, sekolah ini dengan rasminya berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Al Furqan (SR Al Furqan).
- Berikutan pertambahan murid saban tahun, Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) berpendapat perlunya untuk mendirikan sebuah bangunan sendiri untuk sekolah ini. Kebetulan, di kampung yang sama terdapat sebidang tanah wakaf yang masih belum digunakan, hasil perbincangan diantara JPS dan pihak pemegang wakaf, maka SR Al Furqan telah berjaya mendapatkan tanah wakaf untuk pembinaan bangunannya sendiri. Hasil kegigihan JPS mengumpulkan dana dari masyarakat setempat dan individu perseorangan, bangunan sendiri SR Al Furqan telah berjaya dibangunkan dan bermulalah sesi persekolahan baru di situ.
- Para murid bukan sahaja diajar ilmu Islam, bahkan mereka juga diajar ilmu Akademik dengan menggunakan kurikulum sediaada oleh Kementerian Pendidikan. Para guru juga terdiri daripada tenaga pengajar yang berkelayakkan diantaranya lulusan universiti luar negara, universiti tempatan, STPM, STAM dan/atau SPM. Sungguhpun para murid belajar dalam suasana serba sederhana, tetapi hasil keberkatan, ramai daripada mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan mempunyai kerjaya yang baik.
- Setelah lebih kurang 9 tahun beroperasi, SR Al Furqan telah membina bangunan tambahan 3 tingkat di tanah wakaf yang sama. Bangunan ini mendapat sumbangan daripada JAIP dan bantuan kewangan Pembanguna Luar Bandar (PBL) melalui Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
- Sehingga kini, setelah 20 tahun, SR Al Furqan terus menabur khidmat dan bakti untuk melahirkan insan yang kamil dan generasi rabbani mendukung Falsafah Pendidikan Islam yang telah ditetapkan.
Profil Sekolah
Nama & Alamat
Sekolah Rendah Al Furqan
Kampung Pasir Batang Kulim
Kota Lama Kiri 33000
Kuala Kangsar Perak MALAYSIA
No. Pendaftaran
J.A.I.Pk / S.R.A.R / K.K / 24 / 97
Jenis Sekolah
Sekolah Rendah Agama Sepenuh Masa
No. Telefon
605-776-6423
No. Fax
605-776-6423
srifurqan@yahoo.com
Laman Web
http://www.srifurqan.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)