Sejarah Penubuhan Sekolah

  • Pendidikan Islam amat penting dalam proses menjana generasi rabbani. Kesedaran inilah mencetuskan idea untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI) sepenuh masa. Ia bermula dengan perbincangan kecil sebilangan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika ABIM. Kata sepakat diambil supaya sekolah ini ditubuhkan dan berdaftar dibawah Majlis Agama Perak.
  • Sebuah bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kota Lama Kiri telah dijadikan bangunan sementara SRI ini. Tanggal 4 Januari 1988, bermulalah sesi pembelajaran pertama di sekolah ini dengan murid seramai 22 orang yang dibantu oleh seorang guru dan ustaz sebagai tenaga pengajar. Murid-murid ini terdiri daripada anak-anak AJK sekolah sendiri. Pada tahun kedua iaitu 1989, seorang mudir dilantik untuk mentadbir sekolah dan pada 30 Januari 1990, iaitu setelah dua tahun beroperasi, sekolah ini dengan rasminya berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sekolah ini diberi nama Sekolah Rendah Al Furqan (SR Al Furqan).
  • Berikutan pertambahan murid saban tahun, Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) berpendapat perlunya untuk mendirikan sebuah bangunan sendiri untuk sekolah ini. Kebetulan, di kampung yang sama terdapat sebidang tanah wakaf yang masih belum digunakan, hasil perbincangan diantara JPS dan pihak pemegang wakaf, maka SR Al Furqan telah berjaya mendapatkan tanah wakaf untuk pembinaan bangunannya sendiri. Hasil kegigihan JPS mengumpulkan dana dari masyarakat setempat dan individu perseorangan, bangunan sendiri SR Al Furqan telah berjaya dibangunkan dan bermulalah sesi persekolahan baru di situ.
  • Para murid bukan sahaja diajar ilmu Islam, bahkan mereka juga diajar ilmu Akademik dengan menggunakan kurikulum sediaada oleh Kementerian Pendidikan. Para guru juga terdiri daripada tenaga pengajar yang berkelayakkan diantaranya lulusan universiti luar negara, universiti tempatan, STPM, STAM dan/atau SPM. Sungguhpun para murid belajar dalam suasana serba sederhana, tetapi hasil keberkatan, ramai daripada mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan mempunyai kerjaya yang baik.
  • Setelah lebih kurang 9 tahun beroperasi, SR Al Furqan telah membina bangunan tambahan 3 tingkat di tanah wakaf yang sama. Bangunan ini mendapat sumbangan daripada JAIP dan bantuan kewangan Pembanguna Luar Bandar (PBL) melalui Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
  • Sehingga kini, setelah 20 tahun, SR Al Furqan terus menabur khidmat dan bakti untuk melahirkan insan yang kamil dan generasi rabbani mendukung Falsafah Pendidikan Islam yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment