Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Sekolah
  • Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan As Sunnah melalui pendidikan yang bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Misi Sekolah
  • Menjana Generasi Rabbani Berteraskan Sistem Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Holistik dan Pengurusan Terancang
Moto Sekolah
  • Menjana Generasi Rabbani
Wawasan Sekolah
Menghayati usaha-usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh melalui pendidikan bagi :
  • Melahirkan murid yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.
  • Melahirkan murid yang menguasai segala kemahiran asas menuju kecemerlangan akhlak dan peribadi
  • Menghasilkan murid yang boleh berfikir dan bersaing dalam sebarang keadaan dan suasana
  • Menjadikan warga sekolah ini warga yang penyayang

Teras Perkhidmatan

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran murid dan pembangunan Islam dan negara
  • Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh Islam dan negara
  • Berpegang teguh pada ajaran Islam

Piagam Pelanggan Sekolah Rendah Al Furqan

Kami seluruh kakitangan SRAF dengan penuh tekad berazam Insya Allah akan :

  • Memberikan pendidikan asas yang sempurna untuk semua anak didik di sekolah ini berasaskan matlamat Falsafah Pendidikan Islam
  • Menanam dan menyuburkan penghayatan Islam untuk membangunkan insan yang sempurna
  • Mewujudkan permuafakatan warga SRAF untuk mencapai matlamat sekolah
  • Beriltizam terhadap tugas, produktif, bertanggungjawab dan penyayang

2 comments:

  1. KEADILAN untuk Saiful Syazani Saiful Sopfidee
    HUKUM GANTUNG KEPADA CIKGU YANG BUNUH ANAK INI
    BODOH, ISLAM TAK AJAR SUKA SUKA HATI BUNUH ORANG

    ReplyDelete
  2. ape kes? ce citer ce citer? berlaku kat furqan ke?

    ReplyDelete